TAKLIMAT KHAS SASARAN PENINGKATAN KEBERHASILAN PENCAPAIAN PENGGUNAAN FROGVLE 2017







Pihak PKG Kg Pandan merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada pegawai dari PPW Bangsar/Pudu dan PPW Keramat, pegawai dari Frog Asia serta barisan pengetua, guru besar mahupun wakil sekolah yang hadir ke taklimat yang diadakan buat julung-julung kalinya. Diharapkan hasil taklimat ini dapat mencetuskan suatu fenomena berlakunya peningkatan penggunaan pelantar maya Frog VLE di kalangan sekolah ahli.

TAKLIMAT KHAS SASARAN PENINGKATAN KEBERHASILAN PENCAPAIAN PENGGUNAAN FROGVLE 2017

Sukacita dimaklumkan bahawa satu taklimat khas untuk barisan pentadbir iatu untuk pengetua dan guru besar akan dijalankan di PKG Kg Pandan. Pihak kami berbesar hati menjemput tuan dan puan hadir ke program ini. Ianya bertujuan untuk menyampaikan info, kaedah, perkongsian idea dan pandangan antara sekolah ahli bagi memastikan kehendak KPI penggunaan oleh KPM tercapai setiap minggu. Surat panggilan telah diedarkan kepada sekolah melalui emel rasmi pada 17 Ogos 2017.
PENYELENGGARAAN PERALATAN ICT SEKOLAH 2017

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (BTPNWPKL) dengan kerjasama Pusat Kegiatan Guru Kg Pandan akan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan peralatan ICT KPM secara berperingkat mulai Julai 2017 ini. Sekolah yang menerima perkhidmatan ini akan dimaklumkan dari masa ke semasa oleh pihak PKG. Syarikat Felda Prodata System akan mengendalikan proses ini. Dimohon agar sekolah bersedia dengan berpandukan segala arahan dan prosedur yang diberikan. Pertanyaan berkaitan boleh menghubungi PKG untuk maklumat yang lebih lanjut.


KEPUTUSAN MINGGUAN BAGI PENCAPAIAN KPI FROG VLE
MINGGU KE 31

Pihak PKG Kg Pandan mengucapkan berbanyak tahniah dan syabas kepada sekolah ahli yang tersenarai antara kelompok yang telah berjaya mencapai sasaran KPI Target bagi minggu ke 31. Ini ialah peningkatan yang terbaik dari minggu ke 30. Diharapkan ianya sentiasa meningkat dari masa ke semasa demi menjamin pembelajaran Abad Ke-21 murid melalui kecanggihan teknologi dan kemudahan yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.